tab

Sunday 18 October 2015

APA ITU HEALING CRISIS?

Assalamualaikum :)

Pernah dengar healing crisis atau dalam bahasa melayunya krisis pemulihan? Kalau tak pernah dengar jom nida cerita apa itu HEALING CRISIS :)


Healing crisis sering terjadi dalam satu jangka masa penyesuaian apabila seseorang itu mula mengambil supplement dietary. Simptom simptom ini kita nampak macam penyakit tapi sebenarnya bukan.

Healing crisis ni adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat akibat tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan oleh supplement secara mengejut, maka healing crisis berlaku.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit penyakit yang pernah kita lalui akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi selama beberapa. Namun, harus diigat, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang banyak terkumpul di dalam badan dalam jangkamasa yang lama. Sebagai contoh, sisa sisa makanan berkimia, lemak, stress, diet tidak seimbang, kurang tidur, pengambilan antibiotik dan pengambilan ubat ubatan. Supplement dietary membantu mempertingkatkan sistem imun, kebolehan detoksfikasi serta pengawalan organ.

Pada waktu detokfikasi ini, simptom simptom berikut mungkin dialami.

  • PENING
  • LESU
  • SAKIT KEPALA
  • KETIDAKHADAMAN
  • KEMBUNG PERUT
  • LAPAR
  • CIRIT BIRIT
  • KAHAK BERLEBIHAN
  • KENCING YANG KERUH
  • BERASA HANGAT
  • BERPELUH

Tak semua individu merasai simptom ini kerana penerimaan badan individu itu adalah berbeza.

Apa yang patut anda buat jika mengalami healing crisis ini? Nasihat saya, BANYAKKAN MEMINUM AIR PUTIH,  REHAT SECUKUPNYA dan BANYAKKAN PENGAMBILAN SAYURAN DAN BUAHAN.

Jangan risau dengan healing crisis kerana anda sedang menuju fasa pemulihan ;)



 Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee hubungi 012-2329070 (Nida)

FB : Nida AB
FB Page : Shaklee4ALL
Instagram : @shakleebynida
Emel : nidaab92@gmail.com



No comments:

Post a Comment